Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, January 9, 2009
Chef kak Lang
Gambar ini diambil pada tahun 2004 ketika kak lang baru mendaftar di UITM,Penang. Minatnya membantu aku di dapur sejak kecil membuatkan aku merasakan bidang Culinary adalah pilihan terbaik buatnya. Aku teringat kisahnya yang suka menolong aku ketika kecil. Satu hari bila berkunjung ke rumah seorang teman .Ketika tu dia baru 3 tahun kot. Dia menolong makcik tu kacau air dalam teko. Kacau punya kacau sampai teko kaca tu berlubang. Air milo panas tu kena kakinya dan melecurlah sikit. Agaknya insiden tu kut yang buat aku rasa dia memang sesuai jadi Chef. Walaupun ramai kawan sekolahnya ke Matrikulasi aku sentiasa menyokongnya dan menasihatinya agar tabah dan jangan peduli apa kata orang. Bila tamat diploma dengan resultnya kami mendorongnya teruskan pengajian ke peringkat ijazah.Meskipun peluang kerja terbuka luas tambahan pula dari Hotel seperti Palace Golden Horses tapi kami memujuknya supaya terus belajar. Bagiku peluang itu kadang datang bukan berkali-kali. Insyaallah, kak lang hampir menamatkan pengajiannya dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Bekerja atau teruskan pengajian? Oh itu kita bincang bila tiba ketikanya ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment