Hujung minggu adalah hari aku lagi sibuk ,Tengah kalut berkemas dan mulut potpet-potpet mengarah anak 2 orang tu buat itu ini ,datang 2 orang pak cik memohon sumbangan wakaf untuk rumah Abu Nur. Jauh datangnya. 1 jam1/2 juga nak sampai ke sini.
Rumah Abu Nur adalah rumah anak yatim miskin yang terletak di Pengkalan Hulu,Perak . Tanah yang diwakafkan kini menempat 40 orang anak perempuan. Sejak 2005 Rumah ini bagaikan rumah angkat Masjid Bertam Indah. Saban tahun kami sering berkunjung ke sana bagi menyampaikan sumbangan orang ramai kepada mereka. Rata-rata anak-anak ini agak lemah pencapaian mereka dalam pelajaran. Mereka dapat bantuan material tetapi mereka dahagakan perhatian dan kasihsayang. Aku boleh bayangkan tugas penjaga di sana. Anak tujuh orang pun macam-macam pendekatan nak didik mereka .Apatah lagi kalu sampai 40 orang. Tambah pula tengah meningkat remaja .Bukan calang-calang mendidik mereka. Namun aku percaya mereka yang menguruskan anak-anak ini ikhlas dan yakin akan balasan baik dari Allah yang akan diraih di akhirat kelak kerana memuliakan anak yatim dan fakir. aku doakan pak cik berdua tu dapat banyak sumbangan dari orang-orang di sini. Apalah nilai RM20 untuk 1 kaki persegi kalau Allah boleh gantikan dengan berkaki-kaki luas tempat kita di akhirat kelak. insyaallah.
No comments:
Post a Comment