Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, January 16, 2009
Dunia Bagai Berhenti Berputar
Sejak Abah di KMC. Dunia bagai berhenti berputar. Aku harus bijak merancang jadual. Aku di AS,suami di KB.Aku naik bas ke KB suami memandu pulang ke AS. Masing-masing bagai dapat melupakan sekejab dunia masing-masing demi mencari sekelumit peluang berbakti pada abah dan mak sementara ada batas masa, kesihatan dan wang ringgit. Zaffran yang dah mula nak merangkak pun dah dua hari di sana. Mujurlah ada Su Lin dan Ti A yang tolong layan dia. Ngah ada juga bagitau tak dapat pulang sebab tak dapat cuti dan aku sarankan pulang bila cuti Tahun Baru nanti sahaja. Walaupun jauh masing-masing tak henti bertanyakan progress wan. Aku juga berbincang dengan mak langkah-langkah patut diambil bila abah dapat balik ke rumah. Aku tahu dengan kudrat dan kesihatan mak yang tak menentu payah untuk mak mengendali abah sorang-sorang. Jika boleh tak mahu diserah semua urusan pada pak cik kerana makciknya yang menghadapi brain tumur juga perlukan perhatiannya.Belum lagi nak menguruskan hero-heronya yang berlima tu. Mak lang pula nama pun PK HEM mestilah sibuk apatah lagi awal-awal tahun begini. Walauapapun pandai-pandailah masing-masing menjadulkan hari masing-masing untuk membantu mak menjaga abah. Muga Allah memudahkan segala urusan kita. Jika kita melapangkan seseorang ,Allah akan melapangkan kita di hari tiada siapa yang mampu membantu kita kelak. Apatah lagi ibubapa memang wajib kita ringan-ringankan tenaga dan masa kita untuk mereka. Apalah lagi yang diharap oleh ayah dan ibu di usia senja ini .Secebis perhatian dan suara-suara yang lunak-lunak sahaja. Cukup untuk mengubat hati dan menenangkan jiwa mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment