Friday, January 2, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah



Pagi-pagi sudah bersama Harith ke sekolahnya. Membeli buku untuk ting.2. Ke pejabat bertanyakan slip yuran dan sebagainya. Terserempak dengan Pengetua. Tahniah Irsyad PMR 60 orang dapat 9A. 8A pun ramai. Aku teringat hujung bulan Januari ni ada mesyuarat PIBG hai...ada peluang lagi ke jadi ahli PIBG? Anak dah berleter umi kalau ada bisness juta-juta dah kaya..asyik pergi meeting. Aku tersenyum..."Tak pa dividen kita dapat masa timbang amal di al mizan"Aku memang suka buat kerja amal. Ku kira natijah dari usrah yang aku ikuti .Juga mewarisi amalan arwah mak masa dia bergiat dalam Jamayyah Selangor dulu kot. Aku yang tak sampai hati nak berkat "tak nak" pada mak ni la yang rajin mengikuti mak ke program anjuran Jamaayah. Agaknya mak nak didik agar ada lah juga anak yang mewarisi kerja dakwah dia. Alhamdulillah bertemu pula suami yang menyukai perkara yang sama makin bertambah rancak lah lagi. Walaupuan suamiku kurang aktif sekarang aku amat menghargai apa jua keizinan yang diberi kepadaku.Dan aku selalu kata pahalanya kita kongsi bersama. Bukan mudah suami melepas isteri pulang jauh-jauh malam kerana urusan amal. Aku tahu dia bimbangkan keselamatanku.Memandu sorang-sorang dengan ditemani denadangan nasyid MP3 dan aku juga cuak juga bila kena drive sendirian tetapi aku juga tak lupa membaca segala doa dan ayat-ayat yang ku hafal sepanjang pemanduan itu. Aku yakin jika kita menolong agama Allah ,maka Allah akan menolong kita.Aku memang suka buat kerja amal tapi sesekali aku juga menerima muhasabah dari suami..."Charity juga should start at home"....O thanks kerana tegurkan bila saya terleka...you"re the best companian. Do remind me sometimes....

No comments: