Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, January 1, 2009
Tibanya Tahun Baru 2009
Aku memulakan hari dengan bersama ahli Qaryah Masjid Bertam Indah mendengar ceramah khas tentang perjuangan umat Islam Palastine.Balik dan menyiapkan sarapan sebelum bersama anak ke Tasek Gelugur untuk mengemas tadika. Penggal baru akan bermula berbagai kerja yang perlu dilakukan.Bersama sahabat-sahabat kami mengemas sehingga jam menjejak angka 12pm. Berkejar ke pasar dan mencapai ikan untuk dimasak tengahari ini. Menunya buttered prawn oleh chef K ,singgang dan sayur sawi tumis air. Bang cik baik hati memasak nasi, siapkan air limau nipis dan memotong jambu batu. Meskipun simple itu yang aku suka bila anak-anak pulang bercuti.Sekejab sahaja nasi dan lauk licin. Cuaca mendung memaksa aku cepat-cepat mengutip pakaian di ampaian.Dan proses melipat dikendalikan oleh bang cik yang baik hati.Bila dah 2 hari membasuh sudah pasti mesin Panasonic tu terpaksa buat overtime dengan jumlah baju yang mengalahkan kedai dobi. Bangcu pula dapat jemputan guru sekolah rendahnya ke majlis merai bekas pelajar SKBI yang dapat 8A di KFC Komplek Kailan. Terima kasih lah cikgu yang baik budi.Manakala Harith sibuk menyiap kerja sekolah yang masih tergendala. Cuti makin menghujung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment