Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, January 2, 2009
Tradisi keluarga sejak 1994
Semenjak anak sulungku memperolehi keputusan UPSR pada tahun 1994 kami tak pernah lupa membawa anak-anak makan di luar dengan menu yang agak special sikit. Jika dulu KFC lah yang jadi permintaan anak-anak kini beralih ke Pizza Hut pula. Walaupun aku baru saja dengar ceramah Palastine tentang sumbangan secara tak langsung pada Rejim Zionist tapi bila anak-anak merayu aku tak sampai hati menghampakan perasaan mereka. Patutlah Allah sering mengingatkan bahawa anak-anak adalah fitnah. Namun ada kala kami terpaksa akur selagi benda tu tidak bercanggah dengan syariat demi menjaga hati anak-anak. Kata orang tua-tua meminta pada yang kasih, merajuk pada yang sayang . Apatah lagi esuk lusa mereka semua akan pulang ke daerah masing-masing menerus pencarian ilmu.Maka kami bertolak beramai-ramai ke Sg Petani. Suamiku yang sedang sakit mulut kerana ulcer terpaksa makan perlahan-lahan bertemankan sup. Sayangnya sup mlam tu tercurah guni garam gamaknya. Dia orang ada ganti yang lain tapi alahai...baik sikit aje. Sayangnya tengok sup yang tak dihabiskan anak-anakku. Bangcu yang diraikan teruja dan terpilu kerana kami bersusahpayah meraikannya. Jika dulu lagi kami terpaksa mencantum meja untuk mencukupkan bilangan kerusi tapi kali ini kami hanya ditunjukkan meja berkerusi 6 sahaja.Selepas ke Guardian suami menemaniku ke mesyuarat Lembaga Tadika. Hampir 11.30 malam baru kami keluar meninggalkan rumah Pengerusi. Aku menyempurnakan hari dengan solat insya sendirian keran suami masih bersama anak-anak menonton Cars di Astro.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apsal gmbr nmpk kuning ja? kata slr~
o...depa pakai sephia ka apa namanya...bang cik lala punaya setting.
Post a Comment