Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, January 1, 2009
Selamat datang 2009
Di usia sebegini aku kian sukar melelapkan mata apabila terjaga. Jika dulu aku sering pelik memikirkan kenapa tok wan aku suka sangat bangun awal pagi dan bersolat ketika orang sedang nyenyak tidur. Kini baru aku mengerti rupanya makin meningkat usia makin susah melelapkan mata. Patutlah dalam AlQur'an Allah menyebut tidur itu satu nikmat. Di usia begini banyak perkara yang berlegar difikiran sebelum mata pejam dan bila terbangun di awal pagi banyak juga yang bermain di fikiran. Antara yang sering bermain di kotak fikiranku ialah tentang anak-anak. Aku bersyukur kerana diberi Allah suami yang sangat ku kira menyayangiku dan anak-anak. Hubungan kami sentiasa mesra dan jika ada yang tersimpul akan sama-sama kami leraikan . Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Adakala up .Adakala down .Itu kan adat berumahtangga tetapi alhamdulillah dapat kami hadapi dengan baik. Setelah berkongsi hidup selama 28 tahun sudah pasti banyak yang dapat kami serasikan dan perubahan usia membuat aku makin cuba menambahbaik hubungan ini kerana masa untuk bersama sudah semakin pendek. Aku hanya ingin menghabiskan sisa usiaku untuk menambah bekalanku menuju Allah, berbakti kepada masyarakat,kepada keagungan agama Islam dan sudah pasti sebagai pelindung,pembimbing serta penasihat kepada anak-anakku. Satu lagi azam yang ingin aku lakukan di tahun 2009 ini ialah menjadi teman hidup terbaik buat suamiku. Banyak kelemahan yang ingin aku baiki agar hari esok lebih baik dari hari semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment