Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, January 28, 2009
Hari ini dan semalam
Indahnya zaman kanak-kanak.Tak ada yang besar-besar perlu difikirkan. Bangun pagi sarapan dah tersedia. Baju ada yang basuh dan lipatkan. Cuma mengadap buku atau mengadap TV atau mengadap komputer. Ditelinga ada pula MP3 yang meneman jika kesunyian. Bezanya zaman kanak-kanakku bangun pagi kena memasak air walaupun ada cerek letrik, membuka tingkap-tingkap,menyapu sampah, mengemas katil,membasuh baju dan mengadap TV hanya bila waktu petang pada hujung minggu sahaja. Anak-anak zaman ini setiap perkara mesti disuruh.Bagai pahat dengan penukul kata Arwah Wan. Baju yang berbakul-bakul jika tak disuruh lipat memang sah akan duduk dalam bakul tu selama mana tak ada orang nak ambil inisiatif melipat. Tak bolehkah disambil-sambilkan melipatnya.sambil tenguk TV ka? sambil borak-borak ka? Kadangkala aku tertanya sendiri akukah yang tak pandai mengajar mereka atau anak-anak banyak benda yang mempersonakan mereka hinggakan perkara yang basic-basic pun perlu diingat-ingatkan.Oh aku belum berjumpa jawapannya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Anak2 sekarang amat bertuah mempunyai ibu yang membuat segalanya. tapi kalau kat asrama pandai pula melipat dan menyimpan baju. Hmmmm
Post a Comment